Home

Archive for February 10th, 2010

Laptop Kena Curi?

Wednesday, February 10th, 2010

What a way to start blogging than helping people in need…

3 hari lepas seekor anak haram telah pecah masuk rumah adik perempuan aku & merembat fon, beg duit & netbook dia. Aku tau kejadian ni amat² pedih pada dia sebab aku sendiri yg nampak & dengar dia tarbiah aku pasal nak beli laptop/netbook tiap² hari selama dia bercuti panjang aritu. Lepas dapat PTPTipuN, terus dia angkat sebijik Toshiba NB300 kaler merah kat PC Fair Alor Star. Memang cun & mendapat restu abang sulung & mak dia. Tapi, fast forward ke 3 hari lepas, seekorbangsatanakharamketurunanpenyamun senang² ja jadikan susah payah orang tu sebagai harta dia sekelip mata. Aku cuba telefon Maxis dengan harapan depa ni boleh trace lokasi telefon adik aku sementara bangsat tu tak switch off. Tapi, as expected also, depa bagitau, depa cuma boleh block line tu. Aku cuba ikhtiar dengan mintak bantuan Polis, pun dengan kekecewaan yang sama. Lagi best adik aku pulak kena tarbiah sebab tak pasang selak kat pintu rumah dia & mengharap grill semata². Thanks but no thanks.So, the cellphone is a gone case.

NB300CamniTapiKalerMerah

Memandangkan persatuan² pengamal ilmu hitam yang semakin pupus, aku buat keputusan nak ikhtiar sedaya mungkin dengan pengetahuan & pengalaman aku untuk dapatkan netbook tu. After 3 days of research, akhirnya aku dapat a blink of light at the end of tunnel. Not a bright & shining light, but good enough to guide me there. Ya, mungkin kita tak anggap benda ni penting sebab kita confident barang kita tak hilang @ kita tido dgn laptop as bantal @ kita geng 3 line @ kita boleh beli baru, tapi precaution is never wrong aite?

So, apa yang kita boleh buat untuk elak laptop dari dicuri @ hilang? Two words: Logmein & Prey!

LOGMEIN

Tujuan asal Logmein ni dicipta adalah untuk para technician untuk buat remote assistance. Maksudnya, komputer awek aku di Johor kena virus & aku boleh tolong buangkan dari Perlis ni. Bila aku login akaun aku, aku boleh tengok desktop dia sejibik macam aku mengadap PC dia. Aku boleh kawal mouse dia, keyboard dia sesuka hati aku la maksudnya. Aku selalu pakai software ni time aku mengajar kat Johor dulu untuk spy staff aku buat apa/install apa kt PC aku kt Perlis. Setelah belek² pasal recovery laptop curi ni, aku terjumpa satu artikel yang membuatkan aku stim.

AMAZING LAPTOP RECOVERY STORY

So, there you are. That story tells everything. How I wish I installed the software on my sister’s netbook. Dengan software tu, dia dapat tau email, nama, alamat & muka pencuri tu! Andai la aku dapat semua ni, memang sepantas kilat akan ku terjah bumi Padang Jawa dan tuang air mendidih kat mata bangsat ni + amik cuping telinga dia buat souvenir. Heee…

MORE AMAZING STORIES

PREY

Prey ni pulak dicipta semata² untuk trace lokasi laptop melalui GPS location. Bila kita set laptop kita sebagai dicuri, Prey ni akan emel kita dari semasa ke semasa tentang lokasi laptop tu. Dengan update terbaru, sofware ni dah buat beberapa feature baru seperti lockdown dan auto snap webcam. Program ni juga run daripada system process, jadi, pencuri tu tak akan tau & tak akan boleh stop process ni sesuka hati mak bapak dia. Lagipun kalau dah namanya pencuri selalunya memang depa ni bodoh tahap bangsat jugak. Jadi, dalam tak sedar, sebaik saja dia online,  dia akan transmit lokasi dia (latitud & longitud: hapamenda tah…aku fail geografi) dan snap gambar candid dia.

Kesimpulannya dengan ada dua software ni, at least ni ikhtiar terakhir kita untuk membendung golongan bangsat ni dari have the last laugh.

Syaratnya.. depa tak format laptop & laptop tu mesti bersambung dengan internet.

Reviews and Information

Get the answers you need.

Free iPad:

Get a new, free Apple iPad while supplies last. This offer is only valid in certain areas, so enter your zip to see if you can qualify. Act now for your free iPad!

My Electronic Rewards is a great place to get electronics.
Click Here for details on how to get a [...]

Find more laptop terms and reviews here »
  • Tags

  • Recent Posts

  •  

    February 2010
    M T W T F S S
    « Jan   Mar »
     1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • Archives